12 Mei, Alor Setar – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menerima kunjungan hormat daripada Kulim Hi-Tech Park (KTPC) diketuai oleh Encik Mustaffa bin Said, Ketua Pegawai Pelaburan KTPC, hari ini.
Pertemuan ini menjadi platform bagi membincangkan peluang kerjasama strategik khususnya dalam pembangunan belia, program komuniti serta penglibatan anak muda dalam bidang industri dan teknologi.
Turut disentuh adalah usaha memperkukuh jaringan kolaborasi antara agensi kerajaan dan pihak industri demi melahirkan belia yang lebih berdaya saing, progresif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Semoga hubungan baik ini terus diperkukuhkan demi manfaat pembangunan belia di Negeri Kedah.
@taufiqjohari
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
