- JBS Kedah
- Hits: 19
TRAINING OF TRAINERS (TOT) PROGRAM INSPIRE iTALENT 2026 PERINGKAT DAERAH
- JBS Kedah
- Hits: 19
Pendang | 13 Mei 2026
Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah menganjurkan sesi Training of Trainers (TOT) bagi Program INSPIRE iTalent 2026 bertempat di Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Pendang.
Sesi latihan ini dilaksanakan sebagai persediaan kepada pegawai-pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah seluruh Negeri Kedah sebagai penguji bagi pelaksanaan Program INSPIRE iTalent di 12 daerah.
Program ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan kaedah ujian asas keupayaan sukan terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU) serta menyelaras prosedur pelaksanaan program di peringkat daerah agar lebih sistematik dan berkesan.
Seramai 22 orang wakil pegawai daripada 12 Pejabat Belia dan Sukan Daerah terlibat dalam sesi latihan ini yang dikendalikan oleh Cawangan Pembangunan Sukan OKU JBSNK.
Melalui pelaksanaan program ini, JBSNK berharap usaha pembangunan bakat sukan dalam kalangan OKU dapat diperkasakan sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada atlet pelapis untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
#JBSNK
#TeamJBSN
#INSPIREiTalent
#SukanOKU
#TeamKBS
#MalaysiaMADANI
#Taufiq Johari
