- JBS Kedah
- Hits: 13
MESYUARAT PENYELARASAN PERSIAPAN TEMPAT DAN AKTIVITI SAMBUTAN FESTIVAL BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 13
Alor Setar – Satu Mesyuarat Penyelarasan Persiapan Tempat dan Aktiviti Sambutan Festival Belia @ Hari Belia telah diadakan bagi memastikan segala gerak kerja dan pengisian program berjalan lancar menjelang penganjuran sambutan tersebut.
Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 5 UTC melibatkan pelbagai jawatankuasa dan agensi berkaitan itu memberi fokus kepada aspek penyediaan lokasi program, penyelarasan aktiviti, keselamatan, logistik serta penglibatan komuniti belia sepanjang sambutan berlangsung.
Festival Belia @ Hari Belia Negara menjadi platform terbaik dalam menghimpunkan golongan belia melalui pelbagai pengisian aktiviti dalam lima segmen (Penciptaan dan Peluang Pekerjaan, akepimpinan dan Kesukarelawanan, Malaysia Aktif, Inovasi dan Digital, Kesenian dan Muzik).
Jumpa di Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2026 di Dataran Star Walk pada 22-23 Mei.
#HariBeliaNegara2026
#TeamJBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
