MAJLIS PENGANUGERAHAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) 2026 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Alor Setar,  22 Mei 2026 - Telah berlangsung Majlis Penganugerahan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Tahun 2026 Peringkat Negeri Kedah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada individu serta organisasi belia yang telah memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan belia khususnya di Negeri Kedah.
Bagi kategori Pertubuhan Belia Negeri, Johan telah dinobatkan kepada Gerakan Belia 4B Cawangan Bongor, Baling atas komitmen dan penglibatan aktif dalam memperkasa pembangunan belia setempat.
Bagi kategori Individu Lelaki, Johan telah dianugerahkan kepada saudara Muhammad Aminnuddin bin Ghazali manakala kategori Individu Wanita dimenangi oleh saudari Saraanyaa Prommanop.
Naib Johan bagi kategori Individu Lelaki dan Wanita masing-masing disandang oleh saudara Muhamad Farhat bin Mohd Pisal dan saudari Nur Izureen Nazaini binti Zaini.
Tempat ketiga kategori Individu Lelaki pula dimenangi oleh saudara Muhammad Ahnaf Taufiq bin Suhaimi manakala kategori Individu Wanita dimenangi oleh saudari Nursaliha Najawa binti Salwadie.
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Dr. Mohammed Taufiq Johari.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada seluruh belia Negeri Kedah untuk terus aktif, progresif dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara.

#APBN2026
#HBN2026
#BeliaKedah
#TeamKBS
#TeamJBSN
JBSNK
KBSMalaysia
TaufiqJohari

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 19-06-2026, 16:40:02

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search