- JBS Kedah
- Hits: 12
KUNJUNG HORMAT PERSATUAN MENDAKI PEAK ALL STAR KEPADA PENGARAH JBSNK PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK PEMBANGUNAN SUKAN MENDAKI DI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 12
ALOR SETAR, 15 Jun 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Mendaki Peak All Star yang diketuai oleh Presidennya, Syed Alif Iskandar bin Syed Zainal Abidin, bersama Timbalan Presiden, Mohd Zamri bin Hamid, bertempat di Bilik Perbincangan JBSNK, Alor Setar.
Kunjungan hormat tersebut telah disambut oleh Pengarah JBSNK, Puan Azura Hj Sarbin, sebagai platform memperkukuh hubungan strategik antara JBSNK dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memajukan sukan mendaki serta aktiviti rekreasi di Negeri Kedah.
Perbincangan memberi fokus kepada potensi kerjasama strategik dalam penganjuran program pembangunan belia dan sukan, selain mengiktiraf sumbangan Persatuan Mendaki Peak All Star dalam memperkasakan aktiviti pendakian dan rekreasi yang sihat serta selamat di negeri ini.
Dalam sesi tersebut, Pengarah JBSNK turut berkongsi pandangan dan saranan agar persatuan terus memperluaskan penglibatan golongan belia melalui program yang lebih inklusif, berimpak tinggi dan berorientasikan pembangunan sahsiah serta kelestarian alam sekitar.
Selain itu, pihak persatuan turut membincangkan peluang mendapatkan dana dan bantuan berkaitan pembangunan sukan yang dapat menyokong pelaksanaan program serta aktiviti persatuan pada masa akan datang.
JBSNK amat mengalu-alukan kerjasama erat bersama pertubuhan belia dan sukan dalam usaha melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pembangunan belia dan sukan negara.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
