Program Biggest Loser Peringkat Negeri Kedah 2026 diteruskan dengan Aktiviti Fizikal Tabata (Sesi Ke-2) pada 25 Jun 2026 (Khamis) jam 5.30 petang di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah (KOMBES). Sesi kali ini berjaya menghimpunkan 60 orang peserta yang komited meneruskan cabaran ke arah gaya hidup lebih sihat.
Aktiviti yang dikendalikan dengan kerjasama Herbalife dan Kelab Kecergasan Rimba ini memberi fokus kepada latihan intensiti tinggi bagi meningkatkan kecergasan, daya tahan fizikal serta membantu peserta mencapai sasaran penurunan berat badan secara sihat dan berterusan.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
