- JBS Kedah
- Hits: 37
TAKLIMAT AWAL PELAKSANAAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP.
- JBS Kedah
- Hits: 37
PADANG TERAP KEDAH, 08 Julai 2026 – Taklimat awal berkaitan pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Padang Terap Tahun 2026 telahpun diadakan pada 07 Julai 2026 (Selasa) bertempat di Pejabat Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman.
YBrs. Tuan Mohd Noor bin Ismail, Pegawai Daerah Padang Terap sudi menerima kehadiran kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
Perjumpaan ini melibatkan perbincangan cadangan tarikh pelaksanaan MPBN Tahun 2026 Peringkat Daerah Padang Terap serta pemakluman jumlah keahlian serta usul yang akan dibentangkan bagi pelaksanaan program ini.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap telah dihadiri oleh En. Muhammad Sallehuddin Bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Johardi bin Rosla, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#teamkbs
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
