- JBS Kedah
- Hits: 50
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM KLAS RENANG FASA 1 B40 PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026 @ KUALA MUDA
- JBS Kedah
- Hits: 50
SUNGAI PETANI, 24 Jun 2026 – Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Program KLAS Renang Fasa 1 B40 Peringkat Negeri Kedah 2026 @ Kuala Muda telah berlangsung di Kelab Sungai Petani dengan penyertaan seramai 40 orang peserta daripada golongan B40 yang berjaya menamatkan program.
Majlis telah disempurnakan oleh Nur Amali Bin Ihsanuddin, Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Petani. Dalam majlis tersebut, para peserta menerima sijil sebagai pengiktirafan atas komitmen dan kejayaan mereka mengikuti program pembangunan kemahiran renang yang dianjurkan.
Program KLAS Renang merupakan inisiatif yang memberi peluang kepada golongan B40 untuk menguasai kemahiran asas renang, di samping mencungkil bakat baharu dalam sukan akuatik serta menyokong usaha melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan berkemahiran.
#JBSNK
#TeamJBSN
#TeamKBS
#TaufiqJohari
#MordiBimol
