LANGKAWI, 05 JULAI 2026- Pegawai Belia dan Sukan Daerah Langkawi telah menghadiri jemputan Majlis Perasmian Wellnes Hub Langkawi, Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi pada 05 Julai 2026.
YB Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad , Menteri Kesihatan Malaysia telah hadir merasmikan Wellnes Hub Langkawi serta turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Rakan Strategik pusat kegiatan kesihatan Padang Matsirat tersebut.
Yb Menteri serta dif jemputan turut bersama lebih kurang 500 orang komuniti Langkawi menyertai acara Jalan Mahsuri sejauh 3.5 km. Pelbagai acara sampingan serta reruai Kesihatan turut diadakan untuk pengunjung yang hadir.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)
