Sungai Petani- Sambutan yang mantap dalam acara World Cup Fever Funwalk di Program Madani Kita 2026 Sungai Petani, Seramai 2000 orang peserta menyertai funwalk sejauh 3km. Pelepasan Funwalk disempurnakan oleh YBrs Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Sungai Petani- Program MADANI Kita kini singgah di Sungai Petani. Pelbagai agensi kerajaan ini bertujuan untuk mendekatkan perkhidmatan, dasar, serta inisiatif kerajaan secara terus kepada komuniti di peringkat akar umbi. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan. Pelbagai kaunter perkhidmatan fizikal dan aktiviti interaktif disediakan untuk komuniti setempat sepanjang program berlangsung. Antara slot paling utama dan bermakna dalam majlis perasmian tersebut ialah Sesi Penyerahan Cek Cura bagi tiga inisiatif serangkai di bawah agenda Malaysia MADANI antaranya:
Kampung Angkat Madani Sekolah Angkat Madani Sejahtera Madani
Turut Hadir bersama YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. #PMK2026 #TaufiqJohari #teamJBSN
TAYANGAN SKRIN BESAR ️ FINAL FIFA WORLD CUP 2026 @SUNGAI PETANI, KEDAH Youth Town, Amanjaya Sungai Petani
(Bersebelahan Butik Bulan Bintang Sungai Petani & Amanjaya Mall) 19 JULAI 2026 - 20 JULAI 2026 8:00 MALAM - 6:00 PAGI Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti; - Liga Futsal Final WC2026 - Timbang Bola - Persembahan Football Freeestyle - Teka Score - Lucky Draw (Pelbagai hadiah istimewa untuk dimenangi) - The Best Dress Award (Unik & Stylo) - Persembahan Akustik - 20 Kiosk Makanan Tersedia Sepanjang Malam & macam macam lagi! Stay tuned!Let's Go Gaiss!!! Bawak Tikar & Kerusi Healing! Kita berkelah santai sambil tengok Bola di Sungai Petani untuk Fifa World Cup 2026 kalini! Jumpak hampa semua nanti Anjuran : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Dengan Kerjasama Strategik : * Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah * TM Unifi * Pejabat Ahli Parlimen Sungai Petani * Butik Bulan Bintang Sungai Petani
Dengan Sokongan : * Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda * Extrajos Malaysia * Majlis Belia Negeri Kedah️ #JBSNKedah #skrinbesar #JBSNegara #KBSMalaysia #MPSPK #TMUnifi #extrajos #ButikBulanBintang Taufiq Johari Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Kedah turut memeriahkan Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah: Komuniti FELDA Sihat, Kedah Sejahtera yang berlangsung di FELDA Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam. Program ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah dan turut dihadiri YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri . JBSNK membawakan Pertandingan E-Sukan serta aktiviti mesra keluarga yang mendapat sambutan padu daripada pengunjung. Bersama kita bina komuniti yang aktif, sihat dan Bebas Dadah demi Kedah yang lebih sejahtera!
Pengiktirafan Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) ini adalah bukti nyata atas dedikasi, kerja keras, dan komitmen tinggi yang telah dicurahkan. Tahniah buat All Star JBSN Kedah
1. Husaini bt Husain 2. Mohd Ferdaus bin Osman 3. Ahmad Kamaruizaman bin Jamaluddin 4. Samioun bin Shamidon 5. Ridzuan bin Ali 6. Mohd Shamir Shamsi bin Md Lazim 7. Maziliana bt Mohd Zahir 8. Zulhilmi bin Ahmad
Semoga kejayaan ini menjadi pendorong dan sumber inspirasi, bukan sahaja untuk terus cemerlang dalam perkhidmatan, malah untuk rakan-rakan sekerja yang lain. #TaufiqJohari #JBSNallstar #teamKedah
Padang Terap, 28 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama pihak Kolej MARA Kuala Nerang bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Program Belia Bebas Hutang yang bertujuan meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan belia. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah merakamkan penghargaan kepada pihak Kolej MARA Kuala Nerang atas kesudian mengadakan sesi perbincangan ini. Kerjasama yang terjalin diharap menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program pembangunan belia yang lebih berimpak, sekali gus melahirkan generasi belia yang celik kewangan, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi semasa.
ALOR SETAR, 26 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama wakil Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Basic Life Support yang disasarkan kepada semua golongan terutamanya yang terlibat dalam penganjuran dan aktiviti sukan di negeri Kedah. Perbincangan tersebut bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan kesedaran serta pengetahuan masyarakat, khususnya belia, mengenai kepentingan kemahiran bantuan awal CPR sebagai tindakan pantas dalam situasi kecemasan sebelum mangsa menerima rawatan lanjut. Inisiatif ini diyakini mampu melahirkan lebih ramai belia dan penggiat sukan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas menyelamatkan nyawa, sekali gus menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan komuniti yang lebih peka, bersedia dan responsif terhadap situasi kecemasan.
Sukacita dimaklumkan bahawa *Sukan Madani Kita Esports Tournament 2026* akan diadakan seperti ketetapan berikut:
*Tarikh:* 2 Ogos 2026 (Ahad) *Lokasi:* Central Square, Sungai Petani *Kategori Pertandingan:* Mobile Legends: Bang Bang Tekken 8 (PlayStation 5) eFootball Mobile (2v2) *Jumlah Hadiah Keseluruhan:* RM2,000
Sehubungan itu, orang ramai, khususnya belia dan peminat e-sukan, adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini serta memeriahkan program yang dianjurkan. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas *Kod QR* yang disediakan pada poster atau melalui pautan pendaftaran yang telah ditetapkan. https://linktr.ee/Kenariperkasaesport Ayuh sertai kami dalam memperkasakan pembangunan e-sukan dan membudayakan gaya hidup aktif dalam kalangan belia. *"Bersama Bina Komuniti, Bersatu Dalam E-Sukan."*
Kursus Dekorasi Belon Hiasan & Bouquet Peringkat Negeri Kedah 31 Julai - 2 Ogos 2026 (Jumaat hingga Ahad) Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah Fokus kepada “Belia Lepasan Tahfiz” Bersedia untuk mengasah kemahiran, membina keyakinan dan mencipta peluang masa hadapan Program ini memberi pendedahan kepada belia dalam: Persediaan kerjaya & keusahawanan Pemerkasaan minda teknopreneur Sebuah inisiatif untuk melahirkan belia berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi dunia kerjaya!