- JBS Kedah
- Hits: 17
PERBINCANGAN PROGRAM BASIC LIFE SUPPORT ANTARA JABATAN KECEMASAN & TRAUMA HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH DAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
- JBS Kedah
- Hits: 17
ALOR SETAR, 26 Julai 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama wakil Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Basic Life Support yang disasarkan kepada semua golongan terutamanya yang terlibat dalam penganjuran dan aktiviti sukan di negeri Kedah.
Perbincangan tersebut bertujuan meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan kesedaran serta pengetahuan masyarakat, khususnya belia, mengenai kepentingan kemahiran bantuan awal CPR sebagai tindakan pantas dalam situasi kecemasan sebelum mangsa menerima rawatan lanjut.
Inisiatif ini diyakini mampu melahirkan lebih ramai belia dan penggiat sukan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas menyelamatkan nyawa, sekali gus menyokong usaha kerajaan dalam memperkasakan komuniti yang lebih peka, bersedia dan responsif terhadap situasi kecemasan.
Taufiq Johari jbsnegara #teamkbs #teamjbsn #jbsnk
