Alor Setar | 28 April 2026 Sesi semakan dokumen bagi calon-calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 kategori Pertubuhan Belia telah diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Seramai tiga orang panel penilai telah dilantik bagi kategori pertubuhan pada tahun ini iaitu :
• Muhammad Nasir Ismail – Pengurus Projek Yayasan Sultanah Bahiyah • Raudzoh Darus – Timbalan Pengarah IKBN Jitra • Mohd Noor Azam – Mantan Pengurusan Kanan Majlis Belia Negeri Kedah
Sebanyak 22 pencalonan telah diterima melibatkan penyertaan dari seluruh negeri Kedah. Proses semakan dokumen ini bertujuan memastikan setiap pencalonan memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Seterusnya, sesi penilaian oleh panel ke premis persatuan yang terlibat akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan akan dimaklumkan kemudian. Nantikan!
Dengan penuh semangat dan keterujaan, acara pelepasan Kayuhan Santai Neon 80 Kedahfm telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang cukup meriah dan berwarna-warni di mulakan di RTM Kedah dan berakhir di Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar Seawal jam 7.45 malam, para peserta mula membanjiri lokasi dengan gaya neon masing-masing, pakaian menarik, seterusnya mengayuh bersama-sama penuh tenaga dan semangat kesukanan.
Kayuhan ini bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi menjadi simbol gaya hidup sihat serta platform mengeratkan hubungan komuniti dalam suasana santai dan harmoni Turut hadir Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK), Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, yang bersama-sama memeriahkan suasana serta memberi sokongan kepada para peserta. Selain kayuhan, pelbagai aktiviti menarik turut menceriakan malam seperti :
Meet & Greet bersama penyampai Kedahfm DJ Corner dengan alunan muzik yang bertenaga Persembahan buskers secara langsung Jualan pelbagai makanan yang menyelerakan
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, rakan strategik, penganjur serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dengan penuh komitmen. Semoga semangat kesukanan dan amalan gaya hidup sihat ini terus subur dalam kalangan masyarakat serta menjadi inspirasi kepada semua
Mesyuarat Induk Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Kedah 2026 telah diadakan dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan kelancaran penganjuran sambutan HBN tahun ini. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Dato’ Zepri bin Saad, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah. Turut hadir ialah Puan Azura Hj. Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta En. Mohd Amir Murshidi bin Dato’ Samsudin, Presiden Majlis Belia Negeri Kedah. Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2026 dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 23 Mei 2026 bertempat di Starwalk Alor Setar. Majlis Belia Negeri Kedah selaku pemegang taruh utama memainkan peranan penting dalam merancang dan menyelaras pelaksanaan program, dengan sokongan padu daripada semua rakan strategik yang terlibat. Antara fokus utama mesyuarat adalah penyelarasan aktiviti-aktiviti utama yang akan dilaksanakan sepanjang sambutan HBN, merangkumi pengisian program berteraskan pembangunan belia, gaya hidup sihat, kesukarelawanan serta pengukuhan jati diri. Kerjasama erat antara semua pihak diharap dapat memastikan penganjuran Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2026 berjalan lancar, berimpak tinggi serta memberi manfaat kepada seluruh golongan belia di negeri ini.
Alor Setar, 26 April 2026- Encik Md Razif bin Wan, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura binti Haji Sarbin. Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik serta membincangkan kerjasama dalam pelaksanaan program pencegahan dadah dan pembangunan belia. Kedua-dua pihak turut menyatakan komitmen untuk memperkukuh kolaborasi melalui pelbagai inisiatif kesedaran dan penglibatan komuniti, khususnya dalam kalangan belia di negeri Kedah. Turut hadir bersama Puan Juzailah binti Omar, Penolong Pengarah AADK Negeri Kedah dan pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Ayuh anak muda Kedah dan seluruh rakyat Malaysia! Sertai acara paling unik dan penuh warna sempena sambutan Hari Belia Negara Kedah 2026 – Pelikat Batik Run! Program ini merupakan hasil kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama MAYC Kedah, menggabungkan elemen gaya tradisional dengan aktiviti kecergasan dalam suasana santai dan meriah.
Apa yang menarik? Half Marathon Larian santai berkonsepkan busana tradisional (pelikat & batik) Platform menggalakkan gaya hidup sihat Mengeratkan hubungan komuniti belia Pengalaman unik berlatarbelakangkan ikon negeri – Menara Alor Setar Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada kemeriahan ini. Gayakan pelikat atau batik anda dan meriahkan larian penuh gaya ini! Secure your slot now: https://howei.com/event_details/pelikatbatikhalfmarathon2026 Atau https://www.heyjom.com/event/pelikat-batik-half-marathon #JBSKedah #HBN2026 #HBNKedah #menggerakBelia #KBSMalaysia TeamJBSN TeamKBS
Alor Setar, 25 April 2026 – Program Larian Bendang @ Batas Ban 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh meriah dan semangat komuniti di SK Kampung Gelam. Acara yang diadakan di kawasan bendang ini berjaya menarik penyertaan ratusan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan belia, keluarga setempat serta agensi kerajaan. Larian ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, malah mengangkat keindahan landskap luar bandar sebagai tarikan utama program. Majlis pelepasan larian ini telah disempurnakan oleh Dato’ Zepri bin Saad, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Negeri Kedah bersama-sama Puan Azura binti Haji Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah turut menyediakan booth pameran serta pelbagai aktiviti sampingan untuk memeriahkan lagi program pagi ini.
Semangat ini diterjemahkan melalui Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah 2026 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi, Kedah Dari penanaman pokok, bakau, coral planting, pembersihan dasar laut dan pembersihan pantai satu matlamat adalah melahirkan belia yang cakna dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Turut hadir Encik Muazamil bin Jili wakil Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Sama-sama kita memelihara keindahan bumi kita. Buktikan kita mampu menjaga keajaiban dunia. Taufiq Johari Mordi Bimol