- JBS Kedah
- Hits: 19
HAPKIDO KEDAH: SEMANGAT BELIA, SENI PERTAHANAN DIRI TERUS DIANGKAT!
- JBS Kedah
- Hits: 19
7 Ogos 2026 | Sungai Petani, Kedah
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Hj Sarbin, hadir bagi merasmikan Seminar Hapkido yang berlangsung di Legend Martial Arts & Sport Centre, Sungai Petani.
Dalam amanatnya, Pengarah JBSN Kedah turut menitipkan kata-kata semangat kepada para peserta agar terus aktif, berdisiplin dan menjadikan seni mempertahankan diri sebagai platform membina keyakinan serta jati diri belia. Beliau juga menggalakkan pihak penganjur untuk mempertimbangkan penubuhan Persatuan Hapkido Negeri Kedah sebagai langkah memperkukuh pembangunan Hapkido secara lebih tersusun di negeri ini.
Satu lagi momen istimewa! Pengarah JBSN Kedah turut menerima Sijil Antarabangsa Tali Pinggang Hapkido, yang disampaikan sendiri oleh Setiausaha Agung World Hapkido Martial Art Federation, Park Hyung Jun.
Tahniah dan terima kasih kepada Legend Martial Arts & Sport Centre atas penganjuran dan komitmen dalam terus mengembangkan seni mempertahankan diri dalam kalangan masyarakat dan belia Kedah.
Hapkido bukan sekadar seni pertahanan diri — ia tentang disiplin, keyakinan dan membina karakter!
#TeamJBSN #TeamKBS #JBSNK #HapkidoKedah #SeniPertahananDiri #KedahSejahtera #MalaysiaMADANI #TaufiqJohari
