KURSUS DEKORASI BELON HIASAN & BOUQUET B-BEST NEGERI KEDAH 2026

Alor Setar, 2 Ogos – Kursus Dekorasi Belon Hiasan & Bouquet di bawah Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) Negeri Kedah 2026 telah berlangsung selama tiga hari bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 dengan penglibatan seramai 30 orang peserta.
Kursus ini disertai oleh lepasan tahfiz, pelajar tahfiz serta belia luar bandar dan dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kolej Komuniti Padang Terap.
Sepanjang kursus, para peserta telah diberikan pendedahan serta kemahiran dalam bidang dekorasi belon dan penghasilan bouquet oleh tenaga mahir daripada Abg Belon Empire. Pengisian kursus memberi peluang kepada peserta untuk mengembangkan kreativiti, meningkatkan kemahiran serta meneroka potensi bidang dekorasi sebagai peluang menjana pendapatan dan menceburi bidang keusahawanan.
Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Haji Sarbin.
#TaufiqJohari #teamKedah #jbsnkedah

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search