2 Ogos 2026 | Central Square Sungai Petani menjadi tumpuan peminat esports menerusi Program Sukan MADANI Kita ESPORTS CHALLENGE yang telah dirasmikan oleh YB Bau Wong Bau Ek ADUN Sidam bagi mewakili YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Ahli Parlimen Sungai Petani merangkap Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Program ini bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat baharu, menyemarakkan semangat kesukanan digital serta membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia untuk menyerlah dalam arena esports.
Pihak Jabatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Petani, rakan strategik, peserta serta penyokong yang menjayakan program ini. Semoga Program Sukan MADANI Kita ESPORTS CHALLENGE terus berkembang, memberi impak positif kepada komuniti dan melahirkan lebih ramai atlet esports yang mampu mengharumkan nama negara.
Game On. Level Up. Teamwork. Victory!
#TeamJBSN #JBSNK #SukanMADANI #EsportsChallenge #BeliaAktif MalaysiaMADANI EsportsMalaysia TaufiqJohari
