Majlis Perasmian Program MADANI Kita 2026 Sungai Petani

Sungai Petani- Program MADANI Kita kini singgah di Sungai Petani. Pelbagai agensi kerajaan ini bertujuan untuk mendekatkan perkhidmatan, dasar, serta inisiatif kerajaan secara terus kepada komuniti di peringkat akar umbi.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan. Pelbagai kaunter perkhidmatan fizikal dan aktiviti interaktif disediakan untuk komuniti setempat sepanjang program berlangsung.
Antara slot paling utama dan bermakna dalam majlis perasmian tersebut ialah Sesi Penyerahan Cek Cura bagi tiga inisiatif serangkai di bawah agenda Malaysia MADANI antaranya:

  Kampung Angkat Madani
  Sekolah Angkat Madani
  Sejahtera Madani

Turut Hadir bersama YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
#PMK2026 #TaufiqJohari #teamJBSN

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-08-2026, 17:36:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search