PROGRAM YOUNG HEROES PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026
SUNGAI PETANI, 4 SEPTEMBER 2026 – Program Young Heroes Peringkat Negeri Kedah 2026 telah melabuhkan tirai hari pertama bertempat di TVETMARA Sungai Petani dengan penyertaan seramai 40 orang peserta.
Hari pertama program memberi fokus kepada sesi suaikenal dan bina keyakinan diri yang bertujuan mengeratkan hubungan antara peserta serta membentuk keyakinan, keberanian dan kemahiran komunikasi dalam kalangan belia.
Program ini turut dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Kreatif Kedah, yang memberikan pendekatan kreatif dan interaktif dalam membantu peserta membina potensi serta jati diri.
Diharapkan pelaksanaan Program Young Heroes ini dapat melahirkan golongan belia yang lebih yakin, berdaya saing dan berani meneroka potensi diri dalam pelbagai bidang.
#JBSNKomite #teamKedah #TaufiqJohari
