SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF WANITA KEDAH — FIRST TIME EVER!

LANGKAWI, 9-11 September 2026 — Buat julung kalinya, Seminar Kecergasan Eksekutif Wanita Peringkat Negeri Kedah berlangsung di Institut Pengurusan Peladang Langkawi, menghimpunkan para eksekutif wanita daripada Jabatan/Agensi serta pemegang jawatan dalam persatuan sukan.   
Bukan sekadar seminar, tetapi “upgrade ilmu, upgrade gaya hidup!”   Peserta didedahkan dengan ilmu kesihatan dan kecergasan yang betul serta terkini menerusi 8 slot utama meliputi Literasi Kecergasan, Kesihatan Wanita, gaya hidup sedentari & penyakit tidak berjangkit, teknologi dan aplikasi kecergasan, teknik serta jenis-jenis senaman, ujian kecergasan, diet & nutrisi serta pengurusan stres dan kesihatan mental.
Lebih penting, ilmu yang diperoleh bukan untuk simpan sendiri!   Para peserta diharap menjadi “fitness influencer” di tempat kerja dan komuniti dengan menyebarluaskan amalan hidup aktif dan sihat kepada kakitangan, ahli persatuan, keluarga serta komuniti. Dari eksekutif wanita, turun ke akar umbi — kita gerakkan Kedah lebih aktif, lebih sihat!    
Majlis penutup disempurnakan oleh Encik Mohd Hanaffi bin A.Rahman Timbalan Pengarah Sukan mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
JBSNK — Kecergasan Wanita, Komuniti
Lebih Bertenaga!
#JBSNKomited #TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNK #MalaysiaMadani KecergasanWanita KedahAktif SukanUntukSemua WanitaSihat GayaHidupAktif
TaufiqJohari

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search