KULIM, 22 Ogos 2026 – 3 hari, 3 negeri, 30 peserta dan satu misi — kuasai asas kanu slalom!
Bertempat di Sungai Sedim, Kulim, peserta dari Kedah, Perlis & Pulau Pinang berkampung dari 20 hingga 22 Ogos untuk belajar teknik kawalan kanu, undang-undang permainan, aspek keselamatan serta pengalaman praktikal mengharungi laluan berarus.
Dengan bimbingan 13 jurulatih berpengalaman dan bertauliah, kursus ini bukan sekadar belajar teknik… tapi bina keyakinan, disiplin, keberanian & teamwork!
Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Mohamad Suhaimi bin Md Saad. Turut hadir Presiden Persatuan Kanu Kedah, Encik Ahmad bin Othman serta Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim, Encik Jamaluddin bin Jusoh.
Tahniah semua peserta! Semoga terus aktif, terus berani mencuba dan terus menggegarkan arena sukan kanu!
#TeamJBSN
#TeamKBS
#jbsnk
#rekreasi
#kanuslalom
TaufiqJohari
