PERKUKUH SINERGI, PERKASA AGENDA BELIA & SUKAN

PERKUKUH SINERGI, PERKASA AGENDA BELIA & SUKAN
CYBERJAYA | 14 SEPTEMBER 2026 – Mesyuarat Menteri dan Exco Mengenai Pembangunan Belia dan Sukan Bilangan 1 Tahun 2026 telah berlangsung di Cyberjaya Resort & Spa, Cyberjaya, hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan Malaysia menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam menyelaras agenda pembangunan belia serta sukan secara lebih tersusun, inklusif dan berimpak.
Mewakili Negeri Kedah, YB Muhammad Radhi Hj Md Din, Exco Belia, Sukan Kepunggunaan dan Kos Sara Hidup Negeri Kedah bersama Puan Azura Haji Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) hadir bagi menyokong usaha memperkasa pembangunan belia dan sukan di peringkat negeri dan nasional.
Semoga sinergi yang diperkukuh melalui mesyuarat ini terus membuka ruang kepada penambahbaikan dasar, perkongsian kepakaran serta pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada golongan belia dan komuniti sukan di seluruh negara.   
Kedah terus komited memperkasa belia, memacu sukan!  
#TeamJBSN #JBSNKomited #TeamKBS #MalaysiaMADANI #Rakanmuda
TaufiqJohari

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search