PERTANDINGAN PUSH BIKE “ROCKET LIONS SPEED SERIES 3.0” PERINGKAT NEGERI KEDAH MERIAHKAN ARENA SUKAN PUSH BIKE

ALOR SETAR, 8 Ogos 2026 – Pertandingan Push Bike “Rocket Lions Speed Series 3.0” Peringkat Negeri Kedah berlangsung meriah di Dataran Medan Bandar, Alor Setar hari ini dengan penyertaan hampir 300 orang peserta dari seluruh negara.
Pertandingan yang dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Rocket Lions Pushbike Club itu turut mendapat penyertaan peserta dari negara jiran iaitu Indonesia, Thailand dan Singapura, sekali gus menjadikan pertandingan ini sebagai platform penting dalam memperkasa dan mengembangkan sukan push bike di peringkat tempatan serta antarabangsa.
Sebanyak 15 acara dipertandingkan dalam pertandingan kali ini yang menyaksikan para peserta menunjukkan kehebatan, kemahiran dan keberanian masing-masing dalam mengharungi setiap saingan.
Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk menguji bakat dan kemampuan dalam sukan push bike, malah menjadi medium mencungkil bakat-bakat baharu serta memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan kanak-kanak dan masyarakat.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Haji Sarbin.
Turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, serta Presiden Rocket Lions Pushbike Club, Encik Muhamad Zamir Ridha bin Noordin.
Penganjuran Pertandingan Push Bike ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memperkasa sukan push bike serta menyediakan platform pertandingan yang kompetitif kepada pelumba muda dari dalam dan luar negara.
Kejayaan penganjuran pertandingan ini juga membuktikan bahawa sukan berbasikal, khususnya push bike, semakin mendapat sambutan dan mampu menjadi salah satu wadah dalam melahirkan generasi yang aktif, berdisiplin serta berdaya saing.
#JBSNK
#AerobicDance2026
#TeamJBSN
#TeamKBS
#MalaysiaAktif
TaufiqJohari

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search