KUALA NERANG, 8 Ogos 2026 – Program Belia Bebas Hutang Peringkat Negeri Kedah 2026 telah berlangsung di Kolej MARA Kuala Nerang, melibatkan seramai 160 orang peserta dalam kalangan belia.
Program ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan golongan belia berkaitan pengurusan kewangan, perancangan kewangan masa hadapan serta kepentingan mengurus komitmen dan hutang secara bijak.
Antara pengisian program adalah sesi perkongsian dan penerangan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Hj Sarbin.
Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam membentuk generasi belia yang lebih celik kewangan, berdisiplin dalam mengurus kewangan serta bebas daripada bebanan hutang yang tidak terkawal.
#jbsnkedah #TaufiqJohari #Malaysiamadani
