15 Ogos 2026 | KOMBES Negeri Kedah
Seramai 63 peserta menyertai Kursus Latihan Asas Sukan Orang Kurang Upaya (KLAS OKU) Peringkat Negeri Kedah 2026 hasil kerjasama JBSN Kedah JPN Kedah.
Tiga sukan, satu semangat! Peserta diberi exposure asas Futsal, Bola Tampar Duduk & Stacking Sports, siap dengan mini pertandingan lagi!
Program macam ni bukan sekadar belajar teknik sukan, tapi membuka lebih banyak peluang untuk komuniti OKU aktif, yakin dan terus mencipta kejayaan dalam dunia sukan.
Majlis penutup disempurnakan oleh YBrs. En. Nor Azrolnisham bin Nordin, Penolong Pengarah Pendidikan Khas JPN Kedah. Turut hadir En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSN Kedah.
Sukan Untuk Semua. Tiada Batas, Tiada Halangan!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKedah #MalaysiaMADANI RakanMuda MalaysiaAktif SukanUntukSemua
