Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Kedah 2026 melabuhkan tirai dengan aksi mantap, penuh tenaga dan semangat kesukanan daripada peserta-peserta terbaik Kedah!
TAHNIAH PARA PEMENANG!
JOHAN: THE BRAVO 8 — SK Batu 8
NAIB JOHAN: G-TRA FIT BOYZ — SMK Jitra
TEMPAT KETIGA: RYTHMIX — SMK Convent Father Barre
Lebih special, THE BRAVO 8 akan membawa nama Kedah ke Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan pada Oktober 2026! All the best & go make Kedah proud!
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Azura Hj Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang turut menyuntik semangat kepada para peserta untuk terus aktif, berdisiplin dan menjadikan sukan sebagai gaya hidup.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur, rakan-rakan strategik, pihak teknikal Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA), para peserta serta semua pihak yang telah menjayakan pertandingan ini.
Bukan sekadar dance. Ini tentang tenaga, disiplin, teamwork & semangat juang!
#TeamJBSN #JBSNK
#TeamKBS #AerobicDanceKedah2026 #KedahAktif SukanUntukSemua TaufiqJohari
