- JBS Johor
- Hits: 56
MESYUARAT KUMPULAN KERJA BIDANG KERJASAMA SOSIAL DAN BUDAYA JKK SOSEK MALINDO NEGERI JOHOR
Johor Bahru, 17 Jun 2025 - Telah diadakan Mesyuarat Kumpulan Kerja Bidang Kerjasama Sosial dan Budaya JKK Sosek Malindo Negeri Johor yang telah dipengerusikan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor selaku Ketua Bidang 1.
Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan hasil keputusan Persidangan / Sidang Ke-20 JKK /KK Sosek Malindo Peringkat Negeri Melaka / Johor - Tingkat Provinsi Riau / Kepulauan Riau (KEPRI) bagi Kerjasama Bidang Sosial dan Budaya serta usul pelaksanaan yang dipersetujui / disepakati serta kemajuan-kemajuan yang telah dicapai.
Hadir sama Encik Mohd Hafeez bin Hussein, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan ahli kumpulan kerja Bidang Kerjasama Sosial dan Budaya JKK Sosek Malindo Negeri Johor.
Shamsuhaime Basir
#sosekmalindo #sosialbudaya
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 56