- JBS Johor
- Hits: 58
TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA TAHAP EMAS 2025
- JBS Johor
- Hits: 58
8 November 2025 | Dewan Casa 4, MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBSNJ) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas Tahun 2025.
Senarai Penerima ARPRM Tahap Emas:
1. Mohamad Hairizan bin Kamarulzaman
2. Siti Zurainie binti Md Hariuzanie
3. Muhamad Zulhafiz bin Mohd Zain
4. Danish Hakim bin Khairul Anuar
Sekalung penghargaan diucapkan kepada para pemimpin, jurulatih, fasilitator dan semua pihak yang telah membimbing peserta sehingga berjaya menamatkan program ini dengan cemerlang.
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Kejayaan ini mencerminkan semangat daya juang, disiplin serta komitmen tinggi dalam menghadapi setiap cabaran. Semoga para penerima terus menjadi ikon belia unggul dan sumber inspirasi kepada generasi muda di Malaysia.
#KBS #JBSN #JBSNJ #RakanMuda #ARPRM
Disediakan Oleh JBSN Johor
