gambar-pengarah.jpeg

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan atas kesudian melayari Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Portal ini diwujudkan sebagai medium rasmi jabatan dalam memperkukuh penyampaian maklumat berkaitan fungsi, peranan, perkhidmatan serta pelaksanaan inisiatif pembangunan belia dan sukan di Negeri Johor.

Seiring dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), platform digital kini menjadi saluran utama dalam memastikan penyampaian maklumat dilaksanakan secara cepat, tepat, telus dan berkesan. Sehubungan dengan itu, portal ini diharapkan dapat berperanan sebagai pusat rujukan dan penyebaran maklumat yang komprehensif kepada masyarakat, khususnya berkaitan perkembangan jabatan, kemudahan serta fasiliti sukan, program pembangunan belia dan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor sentiasa komited untuk memastikan portal ini dikemas kini secara berterusan dengan kandungan yang tepat, relevan dan berkualiti demi memenuhi keperluan rakyat serta pemegang taruh. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pemerkasaan teknologi dan komunikasi sebagai pemangkin pembangunan negara, portal ini diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh lapisan masyarakat sebagai sumber rujukan rasmi yang berwibawa dan diyakini.

Akhir kata, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor akan terus komited dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan yang unggul, cekap dan berkesan melalui pelaksanaan tugas yang berintegriti, profesional dan berakauntabiliti. Usaha ini selaras dengan hasrat jabatan untuk memperkukuh kecemerlangan organisasi serta memastikan agenda pembangunan belia dan sukan dapat dilaksanakan secara holistik, inklusif dan berimpak tinggi demi memelihara kepentingan agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

Zurihanmi bin Zakariya

Pengarah

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 18-05-2026, 11:52:46

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search