- JBS Johor
- Hits: 55
LAWATAN PEMERIKSAAN MENGEJUT DALAMAN (AP309) OLEH ENCIK SHAMSUHAIME BIN BASIR, PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH JOHOR BAHRU
- JBS Johor
- Hits: 55
JOHOR BAHRU, 29 Oktober 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah menerima Lawatan Pemeriksaan Mengejut Dalaman (AP309) oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Lawatan ini bertujuan menilai aspek pengurusan dalaman, pematuhan prosedur kerja serta tahap kehadiran pegawai dan kakitangan. Dalam sesi tersebut, beliau turut meninjau beberapa kerosakan kecil di kawasan pejabat dan memberikan cadangan penambahbaikan segera bagi memastikan suasana kerja lebih kondusif dan teratur.
Beliau turut menegaskan pentingnya budaya kerja berintegriti, berdisiplin dan proaktif dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat belia. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan JBS Negeri Johor untuk memperkukuh kecekapan dan profesionalisme di setiap Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Shamsuhaime Basir
#pbsdjb
#jbsjohor
#TeamJBSN
Disediakan Oleh PBSD Johor Bahru
