TAHNIAH KEPADA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR CEMERLANG DI MAJLIS PENTAULIAHAN PROFESIONAL KERJA BELIA KALI KE-2

TAHNIAH KEPADA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR CEMERLANG DI MAJLIS PENTAULIAHAN PROFESIONAL KERJA BELIA KALI KE-2

Seremban, 12 November 2025 – Seramai 11 orang Pegawai Belia dan Sukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBSNJ) telah berjaya ditauliahkan dalam Majlis Pentauliahan Profesional Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025 yang berlangsung dengan penuh meriah di Klana Resort, Seremban semalam.

Kejayaan delegasi Johor ini mencerminkan komitmen tinggi dalam memperkasakan bidang kerja belia serta memperkukuh tahap profesionalisme dalam perkhidmatan awam, khususnya dalam sektor pembangunan belia.

Majlis pentauliahan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Turut hadir ialah Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), serta Encik Mohd Hazan bin Haji Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai yang ditauliahkan! Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menabur bakti serta melahirkan lebih ramai belia berkualiti dan berdaya saing di Bumi Johor Darul Ta'zim.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNJohor #JBSNBersama #MajuJohor #MalaysiaMADANI #IhsanMADANI #HarungiBersama

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 11:34:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search