JOHOR BAHRU, 9 November 2025 - Program Inspire I-Talent (Siri 3) Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 telah melabuhkan tirai pada hari kedua bertempat di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru.
Program pencarian bakat ini telah berlangsung selama dua hari dan menarik minat ramai golongan OKU khususnya warga tempatan untuk menyertai sesi "try out" bagi acara sukan para olahraga, para badminton, para renang, para memanah, para powerlifting dan para pingpong.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir, Puan Sae’dah binti Yasinan@Jasman, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru dan Puan Hajah Alwiyah binti Haji Talib, Presiden Renang Para Johor.
Diharapkan pelaksanaan program ini dapat mencungkil bakat baru bagi melahirkan atlet OKU sebagai pelapis atlet paralimpik yang akan datang.
#Italentsiri3
#ParaJohor
#OKU
#JBSNBersama
Disediakan Oleh JBSN Johor
