Tampoi, 4 Julai 2026 - Rebut Peluang. Servis Minyak Enjin Motosikal Anda Secara Percuma. Inilah masanya untuk memberi penjagaan terbaik kepada motosikal anda! Datang sekarang dan nikmati servis penukaran minyak enjin secara PERCUMA.
Terhad kepada 100 buah motosikal sahaja. Kuota berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.
Jangan tunggu hingga terlepas peluang! Bawa motosikal anda ke lokasi program dan manfaatkan tawaran istimewa ini sementara kuota masih ada.
Tampoi, 4 Julai 2026 - Pameran Interaktif Sedang Berlangsung. Jom singgah ke Pameran Interaktif Rakan Muda dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) untuk mendapatkan pelbagai informasi berkaitan pembangunan belia, peluang penyertaan program serta perkongsian mengenai penubuhan dan pengurusan pertubuhan belia.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan memeriahkan pameran. Semoga perkongsian yang disediakan dapat memberi manfaat serta membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia untuk terus aktif dan berdaya saing.
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke reruai pameran yang disediakan.
Tampoi, 4 Julai 2026 - Aktiviti Jejak Prihatin telah berjaya dilaksanakan dengan menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.
Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban dan membawa kegembiraan kepada penerima. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan keprihatinan ini diberkati serta menjadi inspirasi untuk terus menyemai semangat saling membantu dalam masyarakat.
Tampoi, 4 Julai 2026 - Suasana semakin hangat di gelanggang. Pertandingan Futsal 3 On 3 kini sedang berlangsung dengan aksi penuh semangat, kemahiran dan saingan sengit daripada setiap pasukan yang bertanding.
Jom datang memeriahkan suasana dan berikan sokongan kepada pasukan pilihan anda
Tampoi, 4 Julai 2026 - Suasana penuh warna-warni dan kreativiti daripada adik-adik yang sedang beraksi menghasilkan karya terbaik mereka. Terima kasih kepada semua peserta dan ibu bapa yang hadir memeriahkan program sempena Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Johor 2026.
Turut hadir ialah Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN, diiringi Encik Zurihanmi Zakariya, Pengarah JBS Johor bagi memberi semangat kepada peserta.
Tampoi, 4 Julai 2026 - Semangat, ceria dan aksi yang penuh bertenaga. Jom amalkan gaya hidup sihat dalam aktiviti senamrobik bersempena dengan Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Johor 2026.
Nikmati kemeriahan suasana kampung, eratkan silaturahim dan raikan semangat komuniti bersama-sama. Kekal aktif, kekal sihat.
Larkin, 1 Julai 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor bagi menyelaras pelaksanaan program yang akan berlangsung pada 4 Julai 2026 (Sabtu) di Blok 13 Taman Melor, 81200 Tampoi, Johor Bahru.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Encik Zurihanmi bin Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, serta dihadiri oleh wakil agensi-agensi terlibat, wakil penduduk Taman Melor, pegawai-pegawai jabatan dan wakil Majlis Belia Malaysia.
Perbincangan tertumpu kepada penyelarasan perjalanan program serta pengagihan tugas dan tanggungjawab kepada semua pihak bagi memastikan pelaksanaan Program KIBAR berjalan lancar dan teratur.
KLUANG, 26 - 28 JUN 2026 - Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Kluang Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula dari 26 hingga 28 Jun 2026 bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS) dengan penyertaan seramai 50 peserta yang terdiri daripada pelajar empat buah sekolah sekitar daerah Kluang.
Majlis pembukaan dan pelaksanaan program telah berlangsung dengan jayanya melalui kerjasama pelbagai pihak dalam usaha memperkukuh pembangunan belia di peringkat daerah. Sepanjang tempoh program, para peserta telah mengikuti pelbagai modul berbentuk pembangunan sahsiah, kepimpinan, pembentukan jati diri, kerja berpasukan serta pengukuhan nilai kesukarelawanan dan semangat prihatin terhadap komuniti.
Program ini turut memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan membina hubungan sosial yang sihat, meningkatkan keyakinan diri serta memperkasa peranan golongan belia sebagai ejen perubahan dalam masyarakat. Pengalaman sepanjang kem diharap dapat menjadi platform kepada peserta untuk mengembangkan potensi diri serta mengamalkan nilai positif dalam kehidupan seharian.
Kem Belia @ Rakan Prihatin ini juga menjadi medium dalam melahirkan generasi belia yang lebih cakna, berdisiplin dan mempunyai semangat kebersamaan selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan strategik iaitu Majlis Belia Daerah Kluang, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, NGO Naz Sport Management dalam menjayakan program ini termasuk pihak Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), guru-guru pengiring, urus setia, fasilitator serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang amat baik sepanjang program berlangsung.
“Belia Prihatin, Komuniti Sejahtera"
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Zurie Hanmi
Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS)