- JBS Johor
- Hits: 18
SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU X JEJAK JUARA ADTEC JTM KAMPUS PASIR GUDANG & SENAI TAHUN 2026
Johor Bahru, 13 Mei 2026 (Rabu) – Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Johor Bahru X Jejak Juara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dalam suasana penuh meriah dan semangat belia.
Program ini telah dirasmikan oleh Ts. Dr. Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai. Turut hadir ialah Encik Tony Azman bin Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor; Encik Muhammad Nazri bin Kasmen, Penghulu Tertinggi Daerah Johor Bahru selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru; Encik Mohammad Fadhil bin Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru; serta Encik Mohammad Aliff bin Dato’ A. Rahim, Presiden Majlis Belia Negeri Johor. Antara pengisian utama program ialah bacaan Ikrar Belia Malaysia yang diketuai oleh Muhammad Luqman bin Abdul Latif, Pengerusi Persatuan Mahasiswa Pasir Gudang bersama golongan belia dan pelajar ADTEC JTM. Turut diadakan sesi senamrobik bersama Kelab Senamrobik ABF, perlawanan bola sepak pelekat antara ADTEC JTM dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru, Pavilion Majlis Belia Daerah Johor Bahru serta sesi walkabout ke mural Rakan Muda @ Rakan Prihatin.
Program ini menjadi platform dalam menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara di samping memupuk semangat perpaduan, kepimpinan dan gaya hidup sihat dalam kalangan belia. Majlis kemudian diteruskan dengan sesi ramah mesra serta bergambar sebagai tanda penghargaan dan kenangan kepada semua pihak yang terlibat.
#menggerakbelia
#JBSNKomited
#TeamJBSN
#jbsjohor
#MalaysiaMadani
#MajuJohor
Disediakan Oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 18
