10 Ogos 2026, Desaru – Seramai 31 orang peserta telah hadir menyertai Kursus Sains Sukan Tahap 1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
Kursus ini merupakan platform bagi peserta mendapatkan pendedahan serta pengetahuan asas berkaitan bidang sains sukan, di samping memperkukuh kefahaman dalam aspek kecergasan, prestasi dan pengurusan sukan.
Hari pertama kursus dimulakan dengan sesi pendaftaran, taklimat serta pengenalan kursus sebelum peserta mengikuti sesi pembelajaran yang telah disusun sepanjang program.
Semoga para peserta terus memberikan komitmen dan memanfaatkan sepenuhnya peluang pembelajaran sepanjang kursus ini.
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Zurie Hanmi
#KursusSainsSukanTahap1 #JBSJohor #TeamKBS
Disediakan Oleh JBSN Johor
