- JBS Johor
- Hits: 18
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2026
- JBS Johor
- Hits: 18
Pasir Gudang, 20 Ogos 2026 (Khamis) – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Cempaka, Menara Aqabah, Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Persidangan yang dipengerusikan oleh Tuan Mohd Masni bin Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru merangkap Pengerusi MPBN Daerah Johor Bahru, membincangkan lapan usul berkaitan isu dan kepentingan belia termasuk pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan, kelestarian alam sekitar, pemerkasaan wanita serta perumahan.
Perbahasan turut melibatkan jabatan dan agensi berkaitan bagi mendapatkan maklum balas serta tindakan susulan terhadap isu yang dibangkitkan.
Pelaksanaan MPBN ini menjadi platform untuk menyampaikan suara dan aspirasi belia serta memperkukuh kerjasama antara kepimpinan belia dengan pihak kerajaan
Disediakan Oleh JBSN Johor
