- JBS Johor
- Hits: 18
LAWATAN KERJA KE INDUSTRI PEMBUATAN PAKAIAN SUKAN DI BATU PAHAT, JOHOR
- JBS Johor
- Hits: 18
BATU PAHAT, 12 Ogos 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja ke industri pembuatan pakaian sukan di Batu Pahat, Johor bagi meninjau perkembangan industri serta potensi penglibatan belia dalam sektor pembuatan dan keusahawanan sukan.
Lawatan ini turut memberi peluang kepada delegasi meninjau proses penghasilan pakaian sukan merangkumi aspek reka bentuk, pengeluaran, percetakan, jahitan dan kawalan kualiti, selain mendapatkan perkongsian berkaitan cabaran serta peluang dalam industri tersebut.
Selain itu, lawatan ini membuka ruang kepada potensi kerjasama strategik antara Jabatan dan pihak industri dalam menyediakan peluang pekerjaan, latihan kemahiran serta pendedahan keusahawanan kepada belia Johor.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor akan terus memperkukuh jaringan bersama pihak industri bagi memperluas peluang pembangunan kemahiran dan ekonomi belia, sekali gus melahirkan belia yang berdaya saing serta mampu menjadikan sektor sukan sebagai platform kerjaya dan keusahawanan.
#HSNJohor2026
#JBSJohor
Disediakan Oleh JBSN Johor
