KURSUS ASAS REKREASI LUAR (OUTREC) TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

KURSUS ASAS REKREASI LUAR (OUTREC) TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

BANDAR PENAWAR, 23 Ogos 2026 – Kursus Asas Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1 Peringkat Negeri Johor 2026 telah berlangsung selama empat hari di Kompleks Rakan Muda Desaru (KRMD).

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia ini telah disertai oleh seramai 34 orang peserta dari seluruh Negeri Johor.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta berpeluang menimba ilmu, berkongsi pengalaman serta menerima tunjuk ajar daripada jurulatih rekreasi yang bertauliah. Peserta yang berjaya menamatkan kursus dan lulus semua ujian akan menerima Sijil Kompetensi daripada Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia, selain sijil penyertaan.

Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir ialah Encik Shamsuddzukha bin Haji Hashim, Pengurus Kompleks Rakan Muda Desaru.

Semoga penganjuran kursus seumpama ini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai belia yang aktif, cergas, berkemahiran dan kompeten dalam bidang rekreasi luar.

#JBSNJohor

#JBSNBersama

#TeamKBS

#TeamKarisma

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search