MAJLIS PENUTUPAN RASMI KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

MAJLIS PENUTUPAN RASMI KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

14 Ogos 2026, Desaru – Setelah empat hari mengikuti pelbagai pengisian dan sesi pembelajaran berkaitan sains sukan, Kursus Sains Sukan Tahap 1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 melabuhkan tirainya dengan Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Desaru.

Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan). Turut hadir Encik Shamsuddzukha bin Haji Hashim, Pengurus Kompleks Rakan Muda Desaru dan Encik Freddy bin Affendi, Ketua Cawangan Pendidikan Jurulatih, Bahagian Akademi Kejurulatihan Kebangsaan.

Sebelum majlis penutupan, para peserta terlebih dahulu menduduki peperiksaan akhir sebagai penilaian terhadap kefahaman dan penguasaan ilmu yang telah dipelajari sepanjang kursus.

Seramai 31 orang peserta telah menyertai kursus ini dengan penuh komitmen dan semangat sepanjang empat hari pelaksanaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas kesungguhan yang ditunjukkan.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat terus dimanfaatkan dalam usaha memperkasakan pengetahuan sains sukan serta menyokong pembangunan prestasi dan kecemerlangan sukan negara. 

#KursusSainsSukanTahap1

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSJohor

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search