HARI KEDUA KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

HARI KEDUA KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

11 Ogos 2026, Desaru – Kursus Sains Sukan Tahap 1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 diteruskan pada hari kedua dengan pengisian pembelajaran yang memberi fokus kepada aspek Pemakanan Sukan serta Suaian Fizikal secara teori dan praktikal.

Para peserta didedahkan kepada asas pemakanan yang penting dalam menyokong prestasi serta kecergasan atlet, di samping memahami prinsip-prinsip suaian fizikal melalui sesi pembelajaran teori dan aktiviti praktikal.

Sesi praktikal turut memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari secara langsung dalam situasi latihan, sekali gus menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif dan berkesan. 

Teruskan momentum dan semangat sepanjang kursus.

#KursusSainsSukanTahap1 #TeamKBS #TeamJBSN #JBSJohor

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search