KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH KLUANG TAHUN 2026

KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH KLUANG TAHUN 2026

KLUANG, 26 - 28 JUN 2026 - Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Kluang Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula dari 26 hingga 28 Jun 2026 bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS) dengan penyertaan seramai 50 peserta yang terdiri daripada pelajar empat buah sekolah sekitar daerah Kluang.

Majlis pembukaan dan pelaksanaan program telah berlangsung dengan jayanya melalui kerjasama pelbagai pihak dalam usaha memperkukuh pembangunan belia di peringkat daerah. Sepanjang tempoh program, para peserta telah mengikuti pelbagai modul berbentuk pembangunan sahsiah, kepimpinan, pembentukan jati diri, kerja berpasukan serta pengukuhan nilai kesukarelawanan dan semangat prihatin terhadap komuniti.

Program ini turut memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan membina hubungan sosial yang sihat, meningkatkan keyakinan diri serta memperkasa peranan golongan belia sebagai ejen perubahan dalam masyarakat. Pengalaman sepanjang kem diharap dapat menjadi platform kepada peserta untuk mengembangkan potensi diri serta mengamalkan nilai positif dalam kehidupan seharian.

Kem Belia @ Rakan Prihatin ini juga menjadi medium dalam melahirkan generasi belia yang lebih cakna, berdisiplin dan mempunyai semangat kebersamaan selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan strategik iaitu Majlis Belia Daerah Kluang, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, NGO Naz Sport Management dalam menjayakan program ini termasuk pihak Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), guru-guru pengiring, urus setia, fasilitator serta semua peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang amat baik sepanjang program berlangsung.

“Belia Prihatin, Komuniti Sejahtera"

Taufiq Johari 

Mordi Bimol 

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara 

Zurie Hanmi 

Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS) 

#TeamKBS 

#jbsjohor 

#KemBeliaRakanPrihatin2026 

#DaerahKluang 

#beliaprihatin 

#kluangjohor

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search