- JBS Johor
- Hits: 69
PROGRAM TAYANGAN FILEM MECHAMATO MOVIE PERINGKAT NEGERI JOHOR DI MYDIN MALL MUTIARA RINI
- JBS Johor
- Hits: 69
8 November 2025 | MYDIN Mall Mutiara Rini
Johor Bahru, 10 November 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBSNJ) dengan kerjasama MYDIN Mall Mutiara Rini telah menganjurkan Program Tayangan Filem Mechamato Movie Peringkat Negeri Johor yang berlangsung dengan penuh meriah pada 8 November 2025 (Sabtu) bermula jam 10.00 pagi.
Program ini bertujuan memberikan peluang kepada kanak-kanak dan keluarga untuk menikmati tayangan filem animasi tempatan sambil menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti santai berunsurkan kekeluargaan, kreativiti, dan hiburan sihat.
Antara pengisian menarik sepanjang program ialah Pertandingan Mewarna, yang dibahagikan kepada dua kategori – kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah dan 6 tahun ke atas. Pertandingan ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta dan ibu bapa.
Program ini bukan sahaja menceriakan hujung minggu keluarga tetapi turut menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan, memupuk minat terhadap karya animasi tempatan, serta mengasah bakat dan kreativiti kanak-kanak dalam suasana yang menyeronokkan dan bermanfaat.
#rakanmuda #yakinboleh #JBSNBersama #MajuJohor #MalaysiaMadani
Disediakan Oleh JBSN Johor
