PROGRAM INTERVENSI PERMERKASAAN EKONOMI (PIPE) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

PROGRAM INTERVENSI PERMERKASAAN EKONOMI (PIPE) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

31 Oktober 2025, Johor Bahru - Telah berlangsung Program Intervensi Permerkasaan Ekonomi (PIPE) Peringkat Negeri Johor 2025 selama 2 hari iaitu pada 30 dan 31 Oktober 2025 bertempat di Dewan Kulinari Kolej Kemahiran Johor dengan jumlah penyertaan seramai 40 orang peserta belia.

Program ini menawarkan Kursus Penyediaan Dessert dan Pastri dengan kerjasama tenaga pengajar daripada Kolej Kemahiran Johor yang bertujuan untuk memberi latihan kemahiran kepada golongan belia sebagai usaha untuk meningkatkan sosioekonomi belia.

Turut hadir membuat lawatan, Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang menyantuni para peserta dan tenaga pengajar semasa sesi kelas berlangsung.

#JBSNBersama

#PemerkasaanEkonomi

#JBSJohor

Disediakan oleh JBSN Johor 

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search