MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) TAHAP PERAK DAN GANGSA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) TAHAP PERAK DAN GANGSA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

Johor Bahru | 4 November 2025 | Majlis ARPRM JOHOR 

Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Perak dan Gangsa Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya semalam pada 3 November 2025 (Isnin) bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail, Johor Bahru.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, yang turut menyampaikan sijil pentauliahan kepada para peserta yang berjaya menamatkan program di bawah kategori Tahap Perak dan Gangsa.

Program ini bertujuan mengiktiraf pencapaian para belia yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam bidang pembangunan sahsiah, kemahiran insaniah, khidmat komuniti serta ketahanan diri. Seramai 200 belia dari seluruh negeri Johor telah menerima anugerah pada majlis tersebut.

Majlis ini juga menjadi platform penting bagi menyemarakkan semangat Rakan Muda dalam kalangan belia Johor serta memperkukuh usaha Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dalam melahirkan generasi muda berdaya tahan, berdisiplin dan berpotensi tinggi untuk menjadi pemimpin masa depan.

#rakanmuda

#yakinboleh

#MajlisPentauliahan

#ARPRM

#teamJBSN

#MajuJohor

#MalaysiaMadani

Disediakan oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search