MUAR, 12 Oktober - Seramai 50 orang peserta telah menyertai Remote Control Crawler Challenge bertempat di TMIYC, Muar.
Susun atur tapak aktiviti alat kawalan jauh yang menarik dan mencabar telah mendapatkan perhatian para pengunjung semasa berlangsungnya pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
MUAR, 12 Oktober - Telah berlangsungnya Pertandingan Dodgeball sempena Sambutan HSN2024 Negeri Johor. Dianggarkan seramai 198 orang peserta telah menyertai pertandingan ini di Gelanggang Tenis, TMIYC Muar.
Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang, anda luar biasa!
MUAR, 12 Oktober - Telah diadakan Pertandingan Target Shooting Paintball sempena Sambutan HSN2024 Negeri Johor bertempat di TMIYC, Muar.
Pertandingan yang mendapat perhatian oleh ramai pengunjung ini disertai oleh seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kategori umur. Anda luar biasa! Tahniah diucapkan pada semua pemenang.
MUAR, 12 Oktober - Seramai 80 orang peserta telah menyertai pertandingan Bola Jaring 3 Lawan 3 sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Johor 2024 bertempat di TMIYC, Muar.
Persaingan sengit antara pasukan mencerminkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan peserta. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Muar, 12 Oktober 2024 - Telah berlangsung Program Sukan OKU Aktif dan Warga Emas Peringkat Negeri Johor bertempat di TMIYC, Muar.
Program ini merupakan kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri Johor sempena Hari Sukan Negara dan beberapa agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Sasaran penyertaan adalah seramai 200 peserta yang terdiri daripada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di seluruh daerah dan juga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Daerah Muar.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan budaya aktif bersukan dalam kalangan OKU dan Warga Emas melalui pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan seperti senamrobik, sukaneka, pertandingan catur,congkak, dam haji, mari mencuba Para Powerlifting dan Para Catur, pemeriksaan kesihatan serta pelbagai aktiviti lain.
Turut hadir Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam Penolong Pengarah Kanan (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bagi penyampaian hadiah kepada pemenang.
Lebih 10,000 orang peserta dan pengunjung telah memeriahkan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre Muar sempena Majlis Perasmian TMIYC Muar dan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Johor 2024.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan serta barisan kepimpinan Negeri Johor.
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Johor dan Daerah Muar turut dilaksanakan di TMIYC Muar dengan anggaran penyertaan seramai 5,000 orang.
13 aktiviti sukan dan kecergasan telah dilaksanakan bermula awal pagi 12 Oktober 2024 dan diakhiri dengan acara berjalan dan berbasikal yang telah disertai oleh 3,000 orang. Antara aktiviti lain yang menarik adalah seperti:
Kejohanan Seni Mempertahankan Diri (Silat & Taekwondo)
Karnival Sukan Warga Emas
Karnival Sukan OKU Aktif
Remote Control Challenge
3 on 3 Netball
Pertandingan Dodgeball
Pertandingan Pushbike
Pertandingan Futsal
Calisthenics Challenge
Pertandingan Target Shooting Paintball dan banyak lagi
Upacara flag-off berbasikal dan Jalan Ria Madani telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Muar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar dan Presiden Majlis Belia Negeri Johor.
Seramai lebih kurang 3,000 orang peserta telah menyertai aktiviti Sunset Walk & Sunset Ride pada sebelah petang 12 Oktober 2024.
Walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai, ianya tidak menjadi penghalang bagi peserta Sunset Walk & Sunset Ride untuk terus mengikuti aktiviti tersebut yang menunjukkan bahawa orang Johor tidak mudah putus asa
Upacara flag-off berbasikal dan Jalan Ria Madani telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Muar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar dan Presiden Majlis Belia Negeri Johor.
SABTU, 12 OKTOBER 2024,MUAR: Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor En. Shamsuhaime Bin Basir meluangkan masa meninjau keadaan semasa Program Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di TMIYC Muar, Johor.
Johor Bahru, 9 Oktober 2024 - Telah berlangsung Program Y-Hub (Youth Gathering Siri 2) Peringkat Negeri Johor 2024 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Johor Bahru melibatkan seramai 350 orang peserta.
Program ini bertujuan untuk meningkat dan memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik antara pemegang taruh dalam sektor pembangunan belia dan juga sekolah. Golongan belia bersekolah merupakan antara kumpulan sasar di bawah Dasar Belia Malaysia 2015.
Semoga Program Youth Gathering ini dapat memberikan manfaat kepada golongan belia khususnya di Negeri Johor.