RAKAN EKSPRESI: FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2025 (PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERSING 2025)

RAKAN EKSPRESI: FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2025 (PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERSING 2025)

MERSING, 6 Ogos 2025 – Langkah seragam, suara lantang, dan semangat juang berkumandang di SMK Anjung Batu dalam Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Menengah bersempena dengan program Rakan Ekspresi: Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Mersing Tahun 2025 yang bermula seawal jam 8.00 pagi.

 

Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing ini menghimpunkan pasukan kawad kaki dari 2 buah sekolah bagi kategori Lelaki dan 6 buah sekolah bagi kategori Perempuan dari seluruh daerah Mersing. Program ini bertujuan memupuk disiplin, memperkukuh kerjasama berpasukan serta membina keyakinan diri dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Keputusan pertandingan adalah seperti yang berikut:

 

 

Kategori Lelaki

 

Johan – Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI)

Naib Johan – SMK Felda Tenggaroh

 

Kategori Perempuan

 

Johan – Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI)

Naib Johan – SMK Ungku Husin

Ketiga – SMK Sri Mersing 

 

Hadiah Keseluruhan

 

 

Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (SMSSI)

 

Kemenangan berganda dalam kedua-dua kategori sekali gus membawa pulang Hadiah Keseluruhan menjadikan SMSSI juara mutlak pada tahun ini — membuktikan kehebatan latihan, disiplin dan komitmen tinggi dalam kalangan pelajarnya.

 

Pertandingan ini turut menjadi wadah mengeratkan silaturahim antara pelajar, guru dan komuniti setempat di samping mengangkat semangat kesukanan dan patriotisme melalui seni kawad kaki.

 

#pbsdmersing

#FiestaRakanMuda

#KawadKakiMersing2025 

#kbsmalaysia

#rakanmuda

 

Disediakan oleh PBSD Mersing

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search