PASUKAN SEGAMAT A MERANGKUL GELARAN JUARA BAGI ACARA SUKAN SEPAK TAKRAW SEMPENA KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

PASUKAN SEGAMAT A MERANGKUL GELARAN JUARA BAGI ACARA SUKAN SEPAK TAKRAW SEMPENA KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

Pelangi Indah, 10 Ogos 2025 - Telah berlangsungnya Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Johor 2025 bagi acara sukan sepak takraw yang bertempat di Dewan Serbaguna MBJB, Taman Pelangi Indah.

Sebanyak 16 pasukan yang mewakili 8 daerah masing-masing telah menyertai program ini melibatkan seramai 112 orang peserta. 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Fadhil bin Jamal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru selaku wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Pasukan Segamat A telah muncul sebagai Johan menewaskan pasukan Johor Bahru A dalam saingan sengit di pusingan akhir, seterusnya layak mewakili Negeri Johor ke LSK Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan pada September 2024.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan teknikal dan semua pihak yang menjayakan program ini.

Hairi Mad Shah - HMS 

Shamsuhaime Basir 

#JBSJohor

#LSKJohor2025

#TeamKBS

#RakanAktif

Disediakan oleh JBSN Johor

 

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search