Kami dari Kontinjen Para SUKMA Negeri Johor mengucapkan terima kasih kepada keluarga angkat yang sudi menerima kedatangan kami selama 10 hari di Kuching, Sarawak.
Kuching, 24 September 2024 - Atlet sukan olahraga Para Johor terus menambah lagi 3 pingat emas menerusi acara lari 400m Lelaki T35/36, Lempar Cakera Lelaki F46 dan Rejam Lembing Lelaki F34.
Tahniah diucapkan kepada atlet yang berusaha untuk mencapai kejayaan.
4 September 2024 , Dewan Persatuan Bola Keranjang Kuching Sarawak
Dua atlet Boccia Johor mara ke peringkat suku akhir bagi kategori BC1 dan BC2.
Suku Akhir Kategori BC1 Atlet Boccia Johor, Hussein tewas kepada Willyien dari Sarawak. Bagi Kategori BC2, Iman Haikal akan bermain pada esok pagi menentang Zulkarnain dari Sabah di peringkat suku akhir.
Tahniah diucapkan kepada atlet yang berusaha untuk mencapai kejayaan.
Kuching, 23 September 2024 - Team Para Tenpin Bowling Johor telah menjalani latihan penyesuaian tempat dan pemeriksaan peralatan di Megalanes E-Mart, Batu Kawah sebagai persiapan akhir menuju hari pertandingan yang dijadualkan bermula 24 hingga 27 September 2024.
23 September 2024, Dewan Serbaguna Kompleks Belia dan Sukan Sarawak
Atlet Para Powerlifting telah memulakan latihan pada jam 10.00pg sebagai persiapan akhir sebelum bermulanya pertandingan yang dijadualkan bermula 24 September 2024.
Kuching, 23 September 2024- Rangkuman hari pertama di Stadium Sarawak, Team Olahraga Para Johor berjaya meraih 3 Emas, 7 Perak dan 4 Gangsa. Sebanyak 36 pingat yang dipertaruhkan pada hari pertama untuk sukan olahraga.
Turut hadir, CDM bagi Kontinjen Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir untuk memberi semangat kepada atlet Johor yang bertanding.
Pasukan Para Renang Johor telah memulakan pertandingan hari ini dengan cemerlang apabila dua orang atlet berjaya membawa pulang 1 Pingat Emas dan 1 Pingat Gangsa. Pingat Emas disumbangkan oleh Khairul Razi bin Suliman dalam acara 100M Gaya Bebas Lelaki S12 manakala pingat gangsa disumbangkan oleh Dennis Chong Yo Hang dalam acara 100M Gaya Kuak Dada Lelaki SB4.