JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR TERIMA ANUGERAH PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) CEMERLANG TAHUN 2024

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR TERIMA ANUGERAH PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) CEMERLANG TAHUN 2024

PUTRAJAYA, 23 Jun 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBSNJ) telah menerima Anugerah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Cemerlang bagi tahun 2024, satu pengiktirafan yang diberikan oleh Bahagian Akaun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas prestasi cemerlang dalam pengurusan perakaunan dan kewangan.

Anugerah ini merupakan hasil daripada Penarafan PTJ Cemerlang yang telah diperkenalkan sejak tahun 2018, bertujuan untuk menggalakkan PTJ di bawah KBS untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka. Tahun ini, penilaian melibatkan 54 PTJ dari seluruh negara yang dinilai berdasarkan kriteria yang ketat.

Objektif utama penarafan ini adalah untuk meningkatkan prestasi pengurusan perakaunan dan kewangan PTJ, mendorong amalan terbaik dalam pengurusan kewangan, serta untuk memantapkan komitmen di kalangan PTJ dalam menyediakan penyata kewangan berkualiti.

Kriteria pemarkahan bagi penarafan ini termasuk prestasi pembayaran bil dalam tempoh 14 hari, penghantaran dokumen akaun terimaan bulanan, dan prestasi naziran terhadap pengurusan terimaan dan bayaran. Untuk layak menerima anugerah ini, PTJ perlu meraih markah sekurang-kurangnya 90.00%.

Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan usaha dan dedikasi JBSNJ dalam pengurusan kewangan, tetapi juga menjadi pendorong bagi semua PTJ untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

JBSNJ berbesar hati menerima anugerah ini dan bertekad untuk terus meningkatkan prestasi dalam pengurusan kewangan demi memastikan keberkesanan dan ketelusan dalam setiap urusan yang dijalankan.

Hannah Yeoh

Adam Adli

Hairi Mad Shah - HMS

Shamsuhaime Basir

JBSNegara

#JBSNJohor

#JBSNKomited

#TeamKBS

#MajuJohor

#MalaysiaMadani

Disediakan oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search