- JBS Johor
- Hits: 214
PROGRAM Y-HUB (KELAS AKADEMIK & KEROHANIAN BELIA SIRI 1) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2024
Johor Bahru, 5 Oktober 2024 - Telah berlangsungnya Program Y-Hub (Kelas Akademik & Kerohanian Belia) Peringkat Negeri Johor 2024 di Perpustakaan Sultan Ismail, Majlis Bandaraya Johor Bahru pada hari ini.
Program ini melibatkan seramai 25 orang peserta yang turut hadir bagi sesi pagi dan sesi petang. Antara pengisian program Kelas Akademik & Kerohanian Belia bagi sesi pagi merupakan Bengkel Asas Penulisan Khat yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Fahil bin Syarifi merupakan seorang Khaligrafi Galeri Pondok secara persendirian. Penulisan khat yang mengunakan pensil kayu dan dakwat memberikan pengalaman baru kepada peserta tentang teknik menghasilkan karya khat.
Bagi sesi petang pula, peserta dipenuhi dengan Bengkel Asas Pengunaan Aplikasi Kanva yang dikendalikan oleh En Zulhilmi bin Abdullah, Pengurus Kampus Bandaraya (IKBN Bandar Penawar). Kanva dan laptop memang tidak dapat dipisahkan. Peserta didedahkan dengan pengunaan aplikasi secara lebih mendalam tambahan lagi kanva sangat diperlukan untuk zaman kini.
Diharapkan program ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat dan dapat menarik minat belia-belia di sekitar Negeri Johor.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 214
