JOHOR BAHRU, 25 Mac 2025 - Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) bersama dengan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah mengadakan lawatan tapak dan perbincangan Program MADANI Rakyat 2025 Johor Bahru di empat lokasi iaitu di Tunku Mahkota Ismail Youth Center (TMIYC) Johor Bahru, PERSADA Johor, TOPPEN dan Dewan Serbaguna Johor Jaya. Lawatan dan perbincangan ini diketuai oleh Encik Mohd Zainuddin bin Mohd Noor, Pengarah Seksyen Program Strategik.
KULAI, 16 Mac 2025 – Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Masjid ar-Rahman, Taman Sri Putri, Kulai. Program ini menghimpunkan bakat-bakat muda dalam bidang keagamaan, selaras dengan usaha memperkukuh penghayatan Islam dalam kalangan belia.
Antara pertandingan yang diadakan termasuk azan, hafazan, dan tilawah, yang menyaksikan penyertaan peserta dari pelbagai daerah di Johor. Wakil daerah Mersing telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pertandingan tersebut. Muhammad Utbah bin Md Ariff Maricar berjaya meraih tempat kelima dalam pertandingan azan.
Bagi pertandingan hafazan, Muhammad Aniq bin Fadli dan Nur Insyirah binti Syairi masing-masing memperoleh tempat ketiga. Sementara itu, dalam pertandingan tilawah, Ustaz Muhammad Rafi'uddin bin Sabaruddin menerima hadiah saguhati, manakala Nur Amalina Natasya binti Mohd Khairani mengharumkan nama daerah dengan meraih gelaran Naib Johan. Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat muda dari Mersing mampu bersaing di peringkat negeri dan menyerlah dalam bidang keagamaan.
Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk memperkasa ilmu dan bakat dalam bidang keagamaan, tetapi juga menjadi platform mempererat ukhuwah antara belia Muslim di Johor. Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan persembahan terbaik mereka, sekali gus mengharumkan nama daerah Mersing.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa, guru-guru serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
18 Mac 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menerima kunjung hormat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menyambut kehadiran pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang diketuai oleh Encik Musa bin Atan, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid. Tujuan kunjung hormat ini adalah untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik sedia ada dan membincangkan isu-isu yang boleh ditambah baik bersama-sama.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Encik Mohd Hafeez bin Hussein, Timbalan Pengarah Belia, Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan) dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Kulai, 16 Mac 2025 – Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Masjid ar-Rahman, Taman Putri, Kulai. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir bersama-sama ialah Tuan Haji Ahmad Her bin Rahmad, Pengerusi Jawatankuasa Masjid ar-Rahman Taman Putri.
Program ini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran hampir 500 peserta yang turut serta dalam pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan. Antara acara yang diadakan ialah program kacau bubur lambuk, pertandingan hafazan, perujian tilawah al-Quran, pertandingan nasyid, pertandingan azan serta sesi tadarus al-Quran.
Penganjuran program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan belia serta menyemarakkan semangat Ramadan dengan aktiviti yang berteraskan keagamaan dan kebersamaan. Program ini juga menjadi platform untuk mencungkil bakat serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan peserta.
Dengan kejayaan penganjuran acara ini, diharapkan lebih banyak program berbentuk keagamaan dan kebajikan dapat diadakan pada masa akan datang bagi memperkukuh perpaduan serta membentuk generasi belia yang cemerlang.
Johor Bahru, 11 Mac 2025 - Telah berlangsungnya Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 bagi kategori pertubuhan. Seramai 13 pertubuhan telah dinilai pada hari ini dan semalam.
APBN merupakan sebuah program berbentuk penilaian untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan pertumbuhan belia yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan belia negara.
Jabatan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Belia Negeri Johor, Majlis Belia Daerah serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah atas kerjasama dan bimbingan kepada semua calon bagi menyertai APBN ini.
Syabas dan tahniah kepada semua calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor Tahun 2025.
Johor Bahru, 7 Mac 2025 - Telah berlangsungnya Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 bagi kategori individu wanita. Seramai 15 orang calon individu wanita telah dinilai hari ini.
APBN adalah sebuah program berbentuk penilaian untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan belia negara.
Jabatan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Belia Negeri Johor, Majlis Belia Daerah serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah atas kerjasama dan bimbingan kepada semua calon bagi menyertai APBN ini.
Syabas dan tahniah kepada semua calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor Tahun 2025.
Johor Bahru, 6 Mac 2025 - Telah berlangsungnya Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 bagi kategori individu lelaki. Seramai 18 orang calon individu lelaki telah dinilai hari ini.
APBN adalah sebuah program berbentuk penilaian untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan belia negara.
Jabatan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Belia Negeri Johor, Majlis Belia Daerah serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah diatas kerjasama dan bimbingan kepada semua calon bagi menyertai APBN ini.
Syabas dan tahniah kepada semua calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor Tahun 2025.
Johor Bahru, 4 Februari 2025- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menerima kunjungan hormat oleh Persatuan Kecergasan Negeri Johor bagi membincangkan hala tuju persatuan dan program-program yang akan diadakan bagi tahun 2025.
Perbincangan utama tertumpu kepada program-program di bawah Pembangunan Sukan Kecergasan Nasional pada tahun 2025 dengan kerjasama rakan strategik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Perbincangan tersebut telah dipengerusi oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Puan Belinda Michelle binti Benedict, Penolong Pengarah Rakan Muda serta Presiden Persatuan, Encik Shamsul Annuar bin Abd Ghani.
Inisiatif perjumpaan tersebut bertujuan menggalakkan penglibatan peserta di peringkat daerah dan Negeri Johor untuk menyertai sukan kecergasan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
25 Februari 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menerima kunjung hormat daripada Universiti Teknologi Malaysia bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menyambut kehadiran pihak Universiti Teknologi Malaysia yang diketuai oleh Prof. Dr. Yusof bin Boon, Pengerusi Bahagian Pemajuan, Encik Ariffin bin Basserany, Pengarah Seksyen Penjanaan) serta Ts. Dzulzazreen bin Mohd Zubir, Ketua Unit UTM Geotourism. Pelbagai perkara yang telah dibentang serta dibincangkan dalam aspek pembangunan belia dan sukan serta kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua-dua belah pihak.
Turut hadir dalam sesi tersebut, Encik Mohd Hafeez bin Hussein, Timbalan Pengarah Belia, Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), dan pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia kerana sudi berkunjung ke JBS Johor. Semoga sesi kunjung hormat ini menjadi titik tolak kepada kejasama yang lebih erat pada masa akan datang.