RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025

RAKAN EKSPRESI: RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025

KULAI, 16 Mac 2025 – Program Rakan Ekspresi: Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Masjid ar-Rahman, Taman Sri Putri, Kulai. Program ini menghimpunkan bakat-bakat muda dalam bidang keagamaan, selaras dengan usaha memperkukuh penghayatan Islam dalam kalangan belia.

Antara pertandingan yang diadakan termasuk azan, hafazan, dan tilawah, yang menyaksikan penyertaan peserta dari pelbagai daerah di Johor. Wakil daerah Mersing telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pertandingan tersebut. Muhammad Utbah bin Md Ariff Maricar berjaya meraih tempat kelima dalam pertandingan azan. 

Bagi pertandingan hafazan, Muhammad Aniq bin Fadli dan Nur Insyirah binti Syairi masing-masing memperoleh tempat ketiga. Sementara itu, dalam pertandingan tilawah, Ustaz Muhammad Rafi'uddin bin Sabaruddin menerima hadiah saguhati, manakala Nur Amalina Natasya binti Mohd Khairani mengharumkan nama daerah dengan meraih gelaran Naib Johan. Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat muda dari Mersing mampu bersaing di peringkat negeri dan menyerlah dalam bidang keagamaan.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk memperkasa ilmu dan bakat dalam bidang keagamaan, tetapi juga menjadi platform mempererat ukhuwah antara belia Muslim di Johor. Tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan persembahan terbaik mereka, sekali gus mengharumkan nama daerah Mersing. 

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa, guru-guru serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

#pbsdmersing

#Ramadan2025

Disediakan oleh PBSD Mersing

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search